• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Membentuk satu yayasan alam sekitar yang dapat mempromosikan penyedaran kepentingan memelihara bumi alam.

Yayasan ini akan membuka satu era baru untuk berusaha memantauhi keadaan pencemaran di sekeliling Negara kita. Usaha untuk mengenalpasti daripada beberapa aspek ,iaitu dari aspek pencemaran Udara,pencemaran air,pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. Khususnya kemerosotan ekologi alam semulajadi.

Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman akan berusaha menjalankan kempen kempen penyedaran pencemaran di sekitar Negara kita, dengan memperluaskan maklumat berkenaan melalui media yang sedia ada ,contohnya ; radio dan television,majalah majalah tempatan , temuduga rancangan khas oleh media tempatan , wawancara program media tempatan dan suratkhabar tempatan.

Yayasan ini akan bersedia bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta bagi program bersama melancarkan kempen kempen penyedaran untuk warga kota ataupun warga desa supaya maklumat terperinci mengenai suasana pencemaran akan dapat disalurkan dengan menyeluruh.


Pulang Ke Objektif Yayasan