• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Menubuhkan Kumpulan "Mesra Alam"
Untuk memelihara kawasan atau sungai yang tercemar dengan mengenalpasti lokasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera atau menjalankan kempen kempen bergotong royong bersama rakyat.

Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman sentiasa akan memantauhi dan menubuhkan kumpulan "Mesra Alam" ke tempat tempat atau sungai sungai yang tercemar untuk membuat peninjauan yang mendalam mengenai keadaan kawasan dan sungai yang tercemar. Membuat temuramah dengan penghuni penghuni tempatan untuk mengumpul maklumat asal unsul dan factor yang menyebabkan keadaan sebegitu. Dengan adanya maklumat yang dikumpul, kumpulan "Mesra Alam" akan membuat satu laporan dan merujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengambil tindakan atau langkah supaya dapat mengatasi masalah pencemaran dengan secepat mungkin sebelum pencemaran yang lebih serius. Yayasan ini akan mengesyorkan laporan kepada pihak berkuasa seperti ; Kementerian Alam Sekitar atau Pihak Kerajaan Tempatan supaya tindakan undang undang dapat diapplikasikan di atas pihak yang tidak bertanggung jawab.

Dari masa ke semasa, kawasan dan sungai tercemar yang telah dikenal pasti, kumpulan "Mesra Alam" Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman akan menjalankan usaha kempen bergotong royong bersama warga tempatan untuk bersama sama membersihkan halaman, kawasan tercemar dan membersihkan sungai. Kaedah ini bukan sahaja akan membentuk warga yang perihatin dengan alam sekitar, tetapi juga akan memupuk semangat bersatu padu antara rakyat yang tidak mengira bangsa dan agama. Semangat keharmonian akan dapat bersama rakyat merintangi masalah pencemaran dan memelihara alam sekitar semulajadi ini.

Pulang Ke Objektif Yayasan