• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Mempromosikan atau menyalurkan maklumat maklumat terkini dan cara cara penjagaan alam sekitar di desa atau di bandar.
Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman akan menjalankan kempen kempen penyaluran maklumat maklumat mengenai cara cara untuk menangani masalah pencemaran dan usaha penjagaan alam sekitar.Kempen "road show"atau penerangan bergerak akan sentiasa menghantar kumpulan "mesra alam" ke kawasan desa ,seperti kampung dan kawasan luar Bandar untuk menyalurkan maklumat kepada warga tempatan, dengan cara menayangkan filem demo alam sekitar di kawasan lapang atau menganjurkan seminar dibalai raya tempatan bagi tujuan menyalurkan maklumat penjagaan alam sekitar, seterusnya mengadakan sessi tunjuk ajar kepada warga tempatan secara praktikal untuk menggunakan semula bahan bahan lama bagi konsep kitar semula.Contoh bahan bahan atau produk yang telah dikitar semula akan dipaparkan di bilik bergerak Yayasan ini.

Program "Eco-Kota" akan di jalankan dari masa ke semasa sepanjang tahun di tempat seperti; pusat membeli belah, ekspo, bazaar dan pameran yang dianjurkan kerajaan. Aktiviti ini bertujuan memperluaskan maklumat kepada warga kota cara cara memelihara alam sekitar, memberikan nasihat dan kaunselling kepada individu atau syarikat swasta bagaimana mereka dapat menyertai program "smart saver for Earth"-penjimatan untuk bumi alam. Maklumat ini khususnya bertujuan memberikan nasihat positif untuk warga kota cara cara mengendalikan tenaga dan cara cara jimat penggunaan tenaga daripada berbagai aspek, seperti: penjimatan penggunaan tenaga elektrik, air dan minyak kenderaan. Risalah atau buku panduan hanya akan dicetak kepada warga kota yang berdaftar dengan pihak Yayasan sebagai "Ahli kelab mesra alam" yang dipanggil "rakan mesra alam" sahaja, kerana Yayasan ini adalah merupakan Yayasan mesra alam, risalah adalah tidak digalakkan sebagai bahan bacaan sementara untuk warga kota sekiranya warga kota masih tidak berminat. Bimbingan dan kaunseling adalah digalakkan dalam bentuk penyampaian praktikal dan beremail tanpa kertas sebagai bahan keterangan.

Kelab Mesra Alam | Pulang Ke Objektif Yayasan