• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Mengumpulkan kumpulan NGO's dan "environmentalist" dalam Negara atau Luar Negara untuk mengadakan pameran dan konvensyen Antarabangsa.

Yayasan ini juga akan menganjurkan dengan pihak kementerian kerajaan atau syarikat swasta untuk menganjurkan satu "International Environmental Convention & Exhibition" dalam setiap tahun. Anjuran ini adalah bertujuan mengumpul ahli ahli pengajian alam sekitar, persatuan, kumpulan atau bukan kerajaan NGO dan para pakar pemeliharaan alam sekitar di dalam Negara ataupun Luar Negara supaya dapat mengadakan satu perjumpaan konvensyen.Ini adalah menggalakkan menukar pandangan dan memberikan garis panduan yang terkini kepada isu isu pencemaran alam sekitar serta pemulihan alam sekitar mahupun Malaysia dan sedunia.

Konvensyen ini akan juga melibatkan bidang sektor sektor seperti industri pertanian dan perikanan, industri pembangunan dan binaan, industri pelancongan, industri kilang pemprosesan. Dengan adanya seminar dan konvesyen ini, pihak industri berkenaan dapat memperolehi lebih maklumat cara cara mengurangkan penglupusan dan pencemaran alam sekitar sehubungan dengan industri berkenaan.Industri Negara kita akan lebih bermanfaat dengan mengaturcarakan semula industri masing masing dengan memperolehi daya produktiviti yang lebih tinggi,penjimatan kos dan sejajar dengan penjagaan alam sekitar. Matlamat ini adalah penting kerana sebahagian industri itu harus dijaga untuk mengelakkan penglupusan ekologi.

Sempena dengan menganjurkan Konvensen,Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman juga menganjurkan Pameran "exhibition" teknologi hijau atau "green technologies" sedunia setiap tahun. Yayasan ini akan menjemput syarikat syarikat dari dalam Negara dan luar Negara untuk mempamerkan produk industri masing masing, termasuk bahan bahan binaan kitar semula, teknologi mesra alam, mesin terkini yang menggunakan tenaga hijau "green energy", teknologi yang menghasilkan tenaga sampingan "alternative energy", pengajian tenaga bio (bio energy), barang-barang hiasan dari bahan lama dikitar semula, pemprosesan bahan buangan toksik dan sampah.

Industri pelancongan juga akan dipelawa ke pameran tersebut, khususnya industri perhotelan yang menggalakkan penggunaan bahan bahan hiasan bilik yang menggunakan bahan kitar semula, mengadaptasikan sistem kitar air semula dari air pembuangan hotel, menguruskan penyediaan bahan makanan dan bekalan makanan untuk pelanggan tanpa membazir serta pembinaan hotel yang tidak membazirkan bahan sumber . Di mana juga, syarikat syarikat penerbangan dan pengangkutan juga akan diajak mengadakan pameran khususnya syarikat penerbangan yang menggalakan promosi hijau, seperti Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS), pameran kereta dan pengangkutan yang berasaskan penggunaan teknologi hijau yang lebih murah dan penjimatan kos, seperti contohnya; Teknologi Hybrid dan Gas LPG.

Dengan adanya konvensyen dan pameran ini yang dikendalikan setiap tahun, rakyat tempatan akan lebih memahami konsep Mesra Alam" dan ia akan memberikan satu konsep untuk setiap warga Malaysia mengetahui lebih banyak teknologi terkini yang bermesra alam dan warga Malaysia akan menjadi satu bangsa yang lebih maju dan perihatin dengan Alam sekitar yang disegani oleh dunia luar.

Pulang Ke Objektif Yayasan