• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Membantu dan membimbing masyarakat atau orang awam yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan kitar semula.

Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman sentiasa akan mengaturkan konsep "Bantuan Usahawan Bumiputra" di sepanjang masa, konsep ini akan mendorong lebih ramai usahawan Melayu menceburi dalam bidang kitar semula, didapati usahawan Melayu masih ketinggalan dalam kategori bidang kitar semula berbanding dengan kaum yang lain. Yayasan ini akan memberikan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada usahawan Melayu yang berminat dalam bidang kitar semula tertentu; seperti mengumpul besi buruk, memproses barang barang atau bahan bahan terpakai untuk dikitar semula.

Selain daripada itu, Yayasan ini akan membantu usahawan Melayu mendapatkan pinjaman modal dari perbankan tempatan atau agensi kerajaan yang sedia ada untuk menyalurkan modal perniagaan untuk mereka. Yayasan ini juga akan membantu mereka memohon lesen atau permit bagi melancarkan perniagaan. Perkhidmatan perunding undang undang akan diberikan secara percuma supaya perniagaan mereka tidak disalah gunakan atau melanggar syarat-syarat tertentu.

Yayasan ini juga berhasrat mengadakan tabung pinjaman tanpa berfaedah kepada usahawan Melayu yang berkelayakan dalam bidang kitar semula ataupun penyelidikan teknologi mesra alam. Cadangan ini akan membantu usahawan Melayu menarik minat untuk menceburi dalam bidang kitar semula secara berleluasa.

Sebagai satu Yayasan untuk masyarakat, yayasan ini bercadang mengumpul atau mendapatkan bantuan kewangan daripada korporat atau syarikat swasta menyediakan satu tabung untuk membantu pendidik atau pelajar miskin melanjutkan pelajaran atau pengajian di Institusi tertinggi tempatan atau luar Negara bagi sektor bidang pengajian alam sekitar. Yayasan akan membuat penilaian terhadap para kelayakan pemohon daripada bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya tiada kemuskilan terhadap permohonan tersebut sebelum memutuskan bantuan kewangan kepada mereka.

Pulang Ke Objektif Yayasan