• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Bantuan peningkatan taraf sosial dan masyarakat.

Objektif Bantuan Peningkatan Taraf Sosial Dan Masyarakat
  • Memajukan dan memperbaiki peluang-peluang pendidikan di kalangan rakyat Negeri di dalam mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
  • Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa-biasiswa atau pinjaman-pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan atau pendidikan bagi rakyat Negeri.
  • Memberi bantuan kepada organisasi-organisasi atau institusi-institusi sukarela, khairat, saintifik, perubatan, kebajikan, sosial dan pendidikan dan menyumbang bagi mengatasi apa-apa kecemasan khasnya di dalam Negeri dan Malaysia amnya.
  • Mengadakan, memperbaiki dan mendapatkan kemudahan-kemudahan yang mencukupi bagi rakyat Negeri di dalam mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
  • Memaju, membantu dan mengadakan bantuan kewangan kepada orang perseorangan, organisasi-organisasi dan institusi-institusi yang menjalankan penyelidikan-penyelidikan sains, politik,sosial, ekonomi dan lain-lain penyelidikan.
  • Memajukan dan menggalakkan penjagaan alam sekitar di dalam Negeri.
  • Memajukan dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti perindustrian, kewangan dan komersil orang-orang Melayu dan bumiputra lain dari kalangan rakyat Negeri.
  • Membantu Negeri dengan apa-apa cara yang Yayasan fikirkan patut bagi maksud pembangunan kemajuan alam sekitar sosial dan ekonomi.