• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Projek 1 : Green Energy

  1. Projek pertama yang akan dijalankan sebaik sahaja pelancaran rasmi Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman.
  2. Projek ini memfokus kepada penggunaan minyak sawit dengan lebih efisyen yang melibatkan beberapa sistem dan teknologi baru termasuk sistem kitar semula, penghasilan biodiesel dan juga penggunaan alat ciptaan tempatan yang begitu bernas
  3. Projek ini adalah hasil usahasama dua negara iaitu Malaysia dan Thailand.
  4. Penggabungan teknologi yang diaplikasikan dalam projek ini berasal dari seluruh dunia termasuk Eropah, Amarika Syarikat dan Asia Timur.
  5. Terbahagi kepada 3 fokus utama iaitu:
    1. pengenalan penggunaan sistem penapisan sisa makanan dan minyak atau dipanggil ArenaTech Grease Trap
    2. pemantauan aliran pengutipan bahan buangan yang terkumpul daripada alat tersebut dan memastikan ianya berjalan secara sistematik dan berterusan
    3. pengenalan teknologi penghasilan biodiesel di dalam negara melalui proses kitar semula yang kompleks.
  6. Projek ini bertujuan untuk:
    1. mengelakkan pencemaran apabila minyak dan sisa-sisa makanan dibiarkan mengalir ke dalam saliran kumbahan yang menyebabkan ianya tersumbat dan melimpah.
    2. menyahut seruan untuk mencapai azam 'Pembuangan Sifar' atau 'Zero Waste di mana setiap bahan buangan akan dikitar semulakan sebaik mungkin dan dipecahkan kepada kegunaan-kegunaan yang bersesuaian dan mengutungkan.
    3. menggalakkan penghasilan biodiesel berkualiti tinggi daripada pemprosesan bahan buangan yang digunakan sebagai bahan bakar yang amat efisyen dan tidak berjelaga.
    4. menjadikan teknologi ini sebagai teknologi contoh supaya diaplikasikan di seluruh dunia dalam menangani masalah pencemaran.
  7. Penglibatan untuk projek ini termasuk:
    1. Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman
    2. sektor swasta (kilang, restoran, hotel dan sebagainya)
    3. penduduk setempat
    4. pihak-pihak berkuasa tempatan
    5. badan-badan dan agensi bukan kerajaan (NGO)
    6. syarikat-syarikat dan kontraktor-kontraktor yang berkaitan dengan pengurusan yang dikhususkan

      Projek 1 | Projek 2 | Projek 3 | Projek 4 | Projek 5