• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Projek 2 : Pameran-Pameran Dan Forum

  1. Pameran-pameran dan forum akan diadakan dari masa ke semasa secara berterusan.
  2. Yayasan akan menganjurkan pameran-pameran berkenanaan penjagaan alam sekitar di pusat-pusat bandar bagi memberi pendedahan secara terus kepada orang ramai.
  3. Forum pula diadakan bagi membincangkan isu-isu pencemaran dan sebagainya bersama para intelek, tokoh koprat, pentadbir dan juga wakil-wakil rakyat. Ada kalanya juga ahli panel dijemput dari negara luar untuk bersama-sama membincangkan masalah alam sekitar bagi memperluaskan skop atau pandangan menangani masalah.
  4. Teknologi-teknologi yang dikenalpasti akan didedahkan kepada orang ramai melalui pendekatan sebegini.
  5. Orang ramai dapat bertanya dan memberikan pandangan tanpa halangan dan juga mencuba sendiri apa-apa kaedah atau teknologi yang baru diperkenalkan.
  6. Selain menimbulkan rasa ingin tahu, pelancaran pameran dan forum juga akan diiringi dengan beraneka jenis hiburan seperti muzik dan komedi. Ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai individu ke pameran dan juga forum tersebut.
  7. Yayasan akan menggunakan pengaruhnya untuk menjemput tokoh-tokoh yang disegani dari dalam dan luar negara bagi menunjukkan bahawa sekarang ini kesedaran tentang penjagaan alam sekitar sebenarnya amatlah kritikal.
  8. Projek ini bertujuan untuk:
    1. memberi kesedaran kepada individu dengan lebih jelas daripada pengedaran risalah-risalah atau siaran televisyen sahaja
    2. memberi peluang kepada orang ramai untuk bertanya atau membincangkan masalah alam sekitar yang mereka hadapi atau nampak dengan tokoh-tokoh ternama supaya mendapat perhatian yang sewajarnya
    3. dapat berkongsi maklumat dan teknologi secara menyeluruh tidak mengenal usia, bangsa atau agama
    4. menaikkan imej negara bahawa walaupun negara ini merupakan negara yang sedang pesat membangun, namun isu-isu alam sekitar tidak diambil remeh oleh rakyatnya
    5. memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara contoh dari Asia Tenggara yang mempraktikkan sistem penjagaan alam sekitar yang efisyen
  9. Penglibatan untuk projek ini termasuk:
    1. Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman
    2. Tokoh-tokoh ternama
    3. Badan-badan dan agensi bukan kerajaan
    4. Syarikat-syarikat atau badan koporat yang ingin memberi tajaan


Projek 1 | Projek 2 | Projek 3 | Projek 4 | Projek 5