- Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
- Penyedaran kepentingan memelihara bumi
- Memperkenalkan konsep rumah hijau
 
	   	 	
	     
	    
	    	    
     
      
	    
	        
	            
								
Projek 5 : Institusi Pengajian Teknologi Mesra Alam Eco Park
- Penubuhan Institusi Pengajian Teknologi Mesra Alam Eco Park mengkhususkan tentang kajian teknologi yang berkaitan penjagaan alam sekitar.
- Institusi ini menempatkan makmal-makmal ujian, kawasan simulasi tertutup, pusat latihan dan juga unit perancangan.
- Teknologi-teknologi baru berkaitan dengan penjagaan alam sekitar akan diuji di sini terlebih dahulu sebelum dihebahkan untuk kegunaan ramai.
- Institusi ini akan bekerjasama dengan institusi kajian lain di seluruh dunia mengenai teknologi-teknologi yang telah dijumpai.
- Insitusi ini akan menggalakkan minat masyarakat ke arah penjagaan alam sekitar dengan lebih teratur apabila kajian-kajian yang dijalankan menampakkan kemudahan dan keberkesanan sistem atau teknologi hijau yang digunakan benar-benar memberi manafaat, contohnya penggunaan sistem kitar semula.
- Institusi ini juga akan melahirkan minat generasi akan datang untuk melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan dan sains yang memfokus ke arah penjagaan alam sekitar.
- Latihan akan dibuka kepada orang ramai dan kakitangan kerajaan dalam mempraktikkan kaedah-kaedah penjagaan alam sekitar. Contohnya, kursus-kursus kitar semula akan diadakan dari masa ke semasa.
- Penglibatan untuk projek ini termasuk:
		
	- Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman
	
- Kementerian Sains dan Teknologi
	
- Badan-badan dan agensi bukan kerajaan
	
- Institusi-institusi pengajian tinggi
	
 
		
Projek 1 | Projek 2 | Projek 3 | Projek 4 | Projek 5